Tuesday, 28 July 2009

pemilik cintaku setelah ALLAH dan Rasul...


Sesiapa yang jatuh cinta, kemudin menyembunyikannya hingga kematain datang menjemputnya, maka dia adalah yang syahid.

(Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain)


Aku nekad, selagi belum bersedia untuk bergelar isteri takkan sekali-kali ku serahkan hati ini kepada seorang lelaki. Biarlah cintaku kudus terpelihara hanya untuk insan bernama suami. Ini tekadku.

Aku tidak mahu terjebak dalam kancah cinta palsu. Saranan doa ajaran Rasulullah SAW kuabadikan dalam sujudku :

Ya Tuhanku kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami) dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang bertaqwa.

(Surah al-Furqan 25 : 74)


Itulah salah satu rangkap yang membuatkan aku terfikir sejenak.
Mampukah aku menjadi senekad itu?Berjayakah aku menghalang segala onak dugaan yang bakal tiba jika ada makhluk-makhluk yang mendatang?

Buku ini banyak mengajarku erti sabar dan bagaimana mengharungi kehidupan sebagai seorang muslimah yang dituntut oleh Islam.
Walaupun diri ini belum di sunting namun terdetik di hati untuk menjadi seperti si penulis cerita ini. Bagi ku dia sungguh hebat lantaran berjaya mengecap keharmonian rumahtangga bersama suami dengan berpegang teguh kepada Allah dan Rasulullah.
Suka aku menyatakan bahawa aku juga ingin menjadi seperti dia. Namun aku harus redha dengan takdir hidupku yang belum aku ketahui. Semoga aku juga salah seorang daripada hamba Allah yang akan turut sama di bawah rahmat dan lindungan-Nya..amiinn...

No comments: