Innalillah hi wainnailaihirajiun....
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.
Aku dikhabarkan jam 6 petang semalam suami kepada Ustazah@Dr Raudhah telah kembali ke rahmatullah..
Hanya kata-kata penginsafan sahaja yg mampu aku ucapkan.
Semoga keluarga Allahyarham tabah dan tenang menempuh segala ujian getir ni.
Dan semoga arwah tergolong dalam org yg beriman dan beramal soleh~ :)
Semalam juga berlaku satu lagi kejadian di mana kakak ku - Husna dan ibuku terlibat dalam kemalangan di Bandaraya Melaka. Mak yang menelefonku mengatakn berita tersebut dalam keadaan ceria. Pada mulanya aku tidak percaya namun aku cayakan jua.
Kata mak,
"Kak Cik kau tak sehat semalam, mak pon poie lah ngn Kak Na ko g Melako naek keto ayah ko. Ayah ko g Perlis ada hal. Mak pun beriyo lah bawak lauk skali utk Kak Cik ko. Tapi bondo dah nak kono kan? Tolanggar plak sorang anak mudo ni ha naek motor dlm porjalann eh nk poie kojo kat Tesco. Kat selekoh. Omak ngn Na ko pon apo laie, bawakla budak tu g Hospital Melako. Dah, poie spital plak jadi eh. Mak pun jumpo lah skali ngn mak ayah budak tu. Alhamdulillah mak ayah budak tu kato, "Xpolah..Bondo dah jadi. Nak buek camano?". Seb baek lah dapek jumpo org cam tu kan? Kot dapek yg asyik nak marah yo tu, tak ko haru..(aku mendengar dlm tawa)..hahaha..omak..omak...masih lagi gembira walau ujian masih menimpa..(sayang mak den)..;p
Mase tu, mak, Na n Kak Cik on the way nak balik kampung. naek keta Kak Cik. Tak jadi tinggal kat Melako do. Keto ayah yg remuk sket tu Bang Lang bawak balik kampung. Alhamdulillah Bang Lang pun duduk Melaka. Jadi sonang la sumo eh.(tgk, sumea ALLAH dah tolongkan?).
Tapi xtau lah apo yg ayah koba nnti kang. Harap xdolah marah apo ko do kan? hee~
Mak kato laie, "abih terbarai sumo lauk yg mak bawak tu. Xdo rejeki.." (and aku gelak lagi...hik3)
Urm....mase aku dapat berita ni, aku ada dekat Masjid Larkin.
Baru balik from City Square. Belik barang sikit kate aku. Tapi macam banyk. Isnin ni da School Base Experience(SBE) lah katekan. Beli la fail kecik satu. Pastu ternampak buku Khalifah-Khalifah Yang Benar oleh Adul Latip Talib dekat Popular. Ish3..tgn ni pun terus mengambil buku ni tanpa berfikir pnjang. Tebal bukunya. Teringat kata-kata seseorang ni, "Mesti simpankan duit untuk beli buku agama. Bukannya susah, sikit pun xpe." Tu la kan, kalau beli barang laen yg mahal2 tu x pela pulak. Ni buku agama pun nak berkira. Belajar dari situ ye Humairah..;)
Habes je round CS, aku, shipa, farah and meah menuju ke Station Larkin. Nak jemput Hanum yg baru balik from pengebumian neneknya yg baru menghidap sakit Kanser Perut tu kat sane. Teringat nk beli CD Maher Zain dekat kedai Arab kat sane, so terus menuju ke sane n Alhamdulillah ader lagi. Ni Kak Long yang nak ni. Dia xnk yg upload2 punyer. Nak pasang kat keta. Pusing2 dalam kedai Arab tu, ternampak plak buku Khalid Al-Walid tulisan Abdul Latip Talib lagi. N finally I bought his book again.Seronok bace buku Encik ni~ Sekarang ni pun aku dlam proses mengumpul n mebaca karya2 Encik Latip ni. Yang dah terkumpul buku Saidina Abu Bakar, Sultan Muhammad Al-Fateh, Hulagu Khan, Imam Maliki n Imam Syafie. Haa. sape nk beli hadiah bufday aku, beli buku karya Encik ni yer..hik3..
No comments:
Post a Comment