Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran
Jadikannya sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat kami
Ya Allah, ingatkan kami apa yang telah kami lupa dari Al-Quran
Ajarlah kami apa yang kami tidak ketahui tentang isi Al-Quran
Kurniakanlah kami keupayaan membacanya pada waktu malam dan siang
Jadikanlah Al-Quran itu sebagai hujah untuk kami
Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran
Muliakanlah kami dengan kemuliaan Al-Quran
Serikan kami dengan ktinggian martabat Al-Quran
Pakaikan kami dengan pakaian permata Al-Quran
Masukkan kami kedalam syurga dgn syafaat Al-Quran
Selamatkan kami dgn segala bencana dan azab hari akhirat dgn berkat kehormatan Al-Quran
Ya Allah, jadikan Al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra
Pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai penyuluh, semasa menuju syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka
Dan jadikanlah Al-Quran utk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaanMu jua Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.
Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk Al-Quran.
Selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan Al-Quran.
Tinggikan darjat dan martabat kami dengan sebab kelebihan Al-Quran.
Dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca Al-Quran.
Ya Allah, Tuhan Yang Mempunyai segala macam kelebihan dan ehsan.
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka.
Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana masih lagi diberi kesempatan utk khatam Al-Quran buat kali ke berapa ana sudah tidak ingat.
Ramadhan bakal menjelma...
Teringat pada zaman kecil, ibu sering menasihatkan sekurang-kurangnya pada bulan Ramadhan, khatamlah Al-Quran sebanyak satu kali.. :)
InsyaALLAH akan diteruskan sehingga hari tua..Amin..
Diharap sama-sama kita mencari kemuliaan bulan ini dgn memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH..
insyaALLAH~
Dari Aisyah radhiallahu ‘anhu, katanya: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
”Orang yang membaca Al-Qur’an dengan mahir adalah bersama para malaikat yang mulia lagi taat, sedangkan orang yang membaca Al-Quran dengan tergagap dan susah membacanya baginya dua pahala."
(Hadits Muttafaq ‘Alaih).
Dua pahala, yakni pahala membaca dan pahala susah payahnya.

2 comments:
mai :D post sgt comel !! suka lah !!
ingtkan aku yg comel tadi..hik3..arigatok!! ;D
Post a Comment