Thursday, 5 August 2010

Terima kasih Ya ALLAH...terima kasih yg tak terhingga~

5 Ogos 2010 : 12.00am

Aku tidak tahu bagaiman mahu memulakan bicara ini.
Terasa diri ini terlalu banyaaaakkkk berhutang pada Ya Rabbi. (memang iya pun)
Namun diri ini seakan tidak mengerti akan limpahan kurnia yg terlampau banyk yng telah diberikan oleh Ilahi.
Diri ini sebenarnya kerdil. Kerdil dan hina. Namun masih lagi sombong dan bongkak melakukan amalan durja.

Ampunkan aku Ya Allah. Ampunkan dosaku.
Terima kasih Ya Allah. Terima kasih kerana masih lagi memanjangkan umurku yg ku kira masih muda.
Terima kasih Ya Allah kerana selalu memudahkan segala urusanku.
TanpaMu Ya Allah. Siapalah diriku.
Aku bersyukur Ya Allah. Aku bersyukur.

Pengalaman itu membuat aku berfikir seketika.
Walau masih lagi berpijak di bumi nyata, namun apa yang harus aku ucapkan adalah kata SYUKUR.
Jikalau waktu itu sudah sampai ajalku, alangkah ruginya aku kerana belum sempat menadah tangan memohon ampun dan maaf dariMu Ya Allah.

Jagalah aku Ya Allah.
Jagalah aku dan HATIKU~
perjalanan yang aku tidak tahu di mana durinya...

No comments: