Ta ta Mak Su.
Ta ta Tam Na.
Naufal balik dulu.
Jaga diri.
Bye bye.
- Naufal @ Afal @ Opal @ Abang"Ta ta Afal...."
Uh uh..sedeyh. Hati terasa sebak. Eh, kenapa ni Humairah?
"Sedeyh Afal da balik. Tak da sapa nak maen2 ngan Mak Su lagi. Takda sapa nak teman mak su buat keje umah lagi. Afal rajin. Bahkan terlebih rajin."
Eh, Mak Su main2 dengan anak buah?
"Yelah. Sedangkan Rasulullah bermain bersama-sama anak baginda. Ni pulak aku nak meletakkan barrier dalam perhubungan manusia. Menggembirakan budak banyak pahalanya."
Raya. Eid.
Maknanya dari segi bahasa mungkin sama.
Tapi tak sama pengertiannya bagi setiap individu muslim.
Bagi aku, maknanya terlampau banyak dan indah.
Ianya adalah kemenangan.
Kemaafan. Ukhuwwah. Perkenalan.
Keceriaan. Kemeriahan. Kekemasan. Tolong-menolong.
Semua bersatu menjadi SATU. 20 in 1?? Perhaps more than 20.
Malam takbir...
Aku sibuk di rumah mengemas.
Menghidangkan juadah untuk orang bertakbir kejap lagi.
Best jugak hidangan takbir ni walaupun simple. Tabik spring kat mak.
Subuh raya...
Aku, Tam Na, Mak n Ayah g surau untuk solat Subuh jemaah.
Aku bangun awal hari ni. Mandi raya skali.Alhamdulillah :)
Sedih Ramadhan dah meninggalkan kita.
Doa Pak Anjang Tapa subuh itu membuatkan hati aku SESAK. SEBAK.
Mendayu-dayu meminta dari ALLAH.... Kedengaran suara esakan dari jemaah lain..urmm..
Sewaktu bersalam-salaman dengan para jemaah, Alhamdulillah dapat jumpa Hidayah anak Pak Anjang Tapa.
Dah lama x jumpa. Bagus orangnya. Hebat. Suka aku melihat wajahnya. Damai.
Sekarang masih di Darul Quran mengambil kos Tahfiz dan Dakwah.
Teringat pula seorang kenalan di Darul Quran. Pastinya dia sudah menghabiskan pengajian di sana.
Pagi raya... Raya pertama..
Sesi maaf-maafan bermula.
Recording terakhir aku beraya bersama keluarga buat 2 tahun yang akan datang mungkin. InsyaALLAH..
Hari ni tunggu sedara mara sebelah ayah datang umah. Pastu Tok Yahya pun datang.
Dengan itu, esoknya x daptla g raya umah atok sebb atok nak balik Singapore dah.
Bile la aku nk g Singapore ni kan? aish3..da dekat da ngn maktab tuh.
Beraya umah nenek. Jumpa Mak Cik dan Mak Itam.
Raya ke-2...
Bermulalah expedisi keluarga aku keluar beraya pulak.
Memng rutin kami hari raya ke-2 ke sekitar Seremban, Sendayan dan Kuala Sawah.
So, our first destination was ---> Umah Wan Andak Rasah kat depan Pondok Rasah.
Wah ! pagi2 lagi kami semua sudah menerjah ke sana.
Cucu Wan Andak serve makanan kat ruang tamu.
Mak kata, ramai cucu Wan Andak belajar tahfiz. Oooo...urrmm..bagusnya..
Next journey ----> Umah Tok Cu Amad.
Konvoi ramai2 dengan sedara mara lain. Ada la dalam 6 kereta. Uhhu..
Makan Nasi Lemak special lagi. every year mmg macam ni. best3.. Alhamdulillah~
| Bersama keluarga Raya 2010 |
Datang2 je..woo..kitorang da terperanjat dengan kereta Ferrari warna merah dekat garaj. Keta anak Tok Kaya yang mane ntah punye kereta ni.
Huhu gayat. Tadi kagum sagt dengan kereta Odissi kat umah sebelah. Ni umah atok lagi culture shock.
Aku pun x melepaskan peluang bergambar bersama En. Ferrari.
Tapi pastu Kak Long kata, " Tu semua dunia je. Daki dunia. Takyah lah nak banggo bonar."
Urm..iye.. dan aku tunduk memandang bumi.
| Bersama ibu saudara, Siti Barkiah |
Makan tengahari sedap punye walaupun da kenyang. Terpakse. Kalau tak kecik hati tuan rumah..ekekeke
Next ---> Umah Tok Cu Ulu Sawah & Tok Musa Kuala Sawah.
Semua dah penat and da tak larat nak buka mulut. Mengah semata.
Tapi si Naufal masih lagi mau makan. Aish3 anak ni. Perut da buncit pun mau telan lagi. Sabo jela. Takowt semua org tengok. Terpakse stop kan dia nih. Huuu~
Hari raya ke-3...
Menunggu orang Rasah and Seremban datang ke rumah.
Anak cucu Tok Kaya datang umah. Uiii..seperti tahun2 sebelumnya, mmg ramai. makan tengahari kat umah saya ye..;p
Tapi tak sempat jumpa Kak Farah sebab I masuk bilik sat. hehe
Hari raya ke-4..
Ke rumah Mak Ndak Rasah ada rumah terbuka..
Then, ke Jelebu umah Pak Cu Mail..
Raya ke-5...
Ke Jelai umah Pak Ngah...
Semua keluarga belah ayah ada kecuali Pak Cu Mail.
Pak Cu dtg lambat sket.
Ambil gambar satu keluarga. Wan duduk atas kerusi.
Tapi bang lang satu famili n kak cik xda sebb sekolah dah start.
Raya ke-6...
Duduk rumah saja...
Kawan sekolah rendah datang umah malam nya..
Arigato kerana masih ingt aku..hehe
Raya ke-7...
Naufal and keluarga balik Puchong.
Kak Long balik Sabah.
Oh sedeyh.
X join ex-mozac wat reunion kat Melaka.
Oh lagi sedeyh. Mungkin ini last time nak jumpa mereka sebelum fly.
Raya ke-8...
Bang Ndak n ayah semayang Jumaat.
Bang Ndak balik Key El..
Tinggal aku, na, mak n ayah. uh uh uh~
Kosong2.. sunyi~
Raya ke-9..
hari ni...
Kira-kira duet raya. Alhamdulillah..walau pun tak banyak tapi lepaslah nak bayar duet broadband. hee~
Syukur Alhamdulillah sempat meraikan Syawal kali ini. :)
2 comments:
maira...
mu marah ke??
sedeyhla x jumpe miu tyme taye aritu..
bila mu nak fly ??
=(
anie...x marah pun..
later aku story eh..
recently feel not so okay..:(
Post a Comment