Di Mesir...
Kisah rusuhan di Mesir bukan lagi satu mimpi, tetapi suatu kenyataan.
Kerajaan di bawah pimpinan Hosni Mubarak semakin hari semakin terhimpit dengan suara rakyat yang semakin berani mengeluarkan tempikan-tempikan untuk meruntuhkannya.
Apakah pimpinan Ikhwanul Muslimin bakal mengambil alih?
Itu semua kuasa Allah. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah mendoakan yang terbaik buat warga Mesir dan umat Islam di sana. Kepada rakan-rakan yang terkandas di bumi para solihin itu, semoga tabah menghadapi hari-hari di bumi perantauan.
Pada Hazdiana dan rakan2 yang lain, semoga selamat di sana.
Doaku agar anda sentiasa di bawah lindungan dan kasih-sayangNYA. AMINN~
Di Malaysia....
Hujan dan banjir memang tak boleh dipisahkan.
Banyak kediaman yang ditenggelami air-air kecoklatan.
Begitu mudah Allah menarik nikmat kehidupan seseorang itu kan?
Di Australia....
Banjir di Queensland memang dilihat sebagai satu ancaman buat masa kini.
Dengan suhu yang mencapai paras sejuk, manusia semakin kucar-kacir di bumi kanggaroo itu.
Bercakap tentang Australia, tadi ana baru menerima berita bahawa kami diminta supaya membawa barang2 kargo tidak melebihi 23 kg. Kerana ape? Kerananya pihak MAS Airline mengkhabarkan bahawa beg2 kami itu tidak akan terus ke Auckland, tapi bakal singgah bersama-sama kami di Sydey. So, dr Malaysia memang lepas if bawk barang 30 kilo, tp bile kat Aussie, dyorang tetapkn 23 kilo pulak..waaa..*ape barang?*
Ni yang payah ni. Aku rase beg aku dah exceed 25 kg kot..adeyh...camano eh nih?xkan nk bayar pulek utk yg exceed tu kan...maknenye, mmg kene bwak barang yang betol2 perlu lah ni...urmmm...:(
Alhamdulillah...tadi baru sahaja selesai mengadakan kenduri kesyukuran..
Nampaknya semua orang meletakkan harapan yang tinggi dekat aku. Ni yang aku takut ni.
Tapi insyaALLAH akan melakukan yang terbaek. Dan aku memerlukan anjakan paradigma yang pantas jika mahu menggapai impian aku selama ni insyaALLAH aminnn.. DOAKAN SAYA!!!
p/s : I just changed my phone number due to some reasons. so if u guys wanna have my phone number, contact me in my Facebook Inbox okayh! :)
No comments:
Post a Comment