Friday, 11 March 2011

Earthquake disaster.

Sekarang ni dah dua berita gempar tentang kejadian gempa bumi yang aku dengar.
Pertama di Christchurch di New Zealand.
Kedua, di Saidei, Japan.

Kedua-duanya kalau dilihat dengan mata kasar tersangatlah dekat dengan bumi Auckland, New Zealand.
Walau jauhnya beratus batu dr Cristchurch dan beribu batu dari punca keretakan bumi di Lautan Pasifik, semuanya kita tidak tahu, adakah kita mungkin akan menjadi mangsa seterusnya? Wallahua'lam bissawab~

Pada mulanya, malam ini aku rasa sangat gembira dan mahu mencari sedikit hiburan setelah habis WELCOMING PARTY FOR THE JUNIORS. huhu. makan free n yang penting HALAL...:)
diri ini terasa mahu berlengah-lengah untuk kembali ke HUIA (tempat tinggal kami di auckland a.k.a hostel). akhirnya singgah sebentar di Star Convenience kepunyaan orang Egypt. Dari sini baru aku tahu, kedai ni lagi banyak pilihan yang halal berbanding di Forte Convenience. So, pasni nak jadi pelanggan setia kat situ la kan..huhu..

Nak jadi ceritanya, masa aku bayar Tisu yang aku beli, abang Egypt tu kate kat aku,

"Do you know about the earthquake that just attacked Japan? It just happened 2 hours ago n it was about 8.9 ritcher scale."

wow! terkejut jugakla kan. pastu bleyh plak aku cakap..

"owh really? is it possible that Auckland will be the next place to be affected?"

Abang Egypt : owh..we do not know that.. nobody knows..sambil geleng kepala..*as Allah knows best* itu aku tambah ok.

tapi ntahla, aku rase cam x takut sgt sebab mungkin aku ingat earthquake yg besa2 je..sebb aku xingat yg rupe2nye 8.9skala ritcher tu lebih kurang same dengan apa yg berlaku dekat Acheh dulu.. teruk x aku??kesian giler aku sebb lmbat giler tahu benda2 macam ni..rase bengong pon ader..

Sampai je HUIA, aku boleh pulak main ping pong dengan Nadiaq, Ain n Qallam. Ape masalah aku pun ntahla.
Tak ader sense langsung utk bertafakur ke hape kan? Pastu maen pingpong bising2 plak tu (sebab baru first tyme aku pegang kayu pingpong). Matt siap kuatkan TV lagi. Dan aku masih xnak sedar lagi. Sebab apa yang rasa masa tu ialah - BEST GILER MAEN PING PONG !!!! huh !

Pastu terus Anum kate, "Mai, tadi ko kate jangan suka2 sgt kan?" UMH! amek kau! tersentap kau. huu..
tapi teruskan jugak maen ping pong. aish..tapi dalam maen2 tu ingat gak, kang tetibe tsunami sampai oklen, HABES KAU X SEMPAT NAK TAUBAT!

Bila da penat maen ping pong, aku pun terus bertafakur melihat berita pasal tsunami ni. MEMANG DAHSYAT! tula, td xnk tengok kan. terkedok aku tengok negara yang terkenal dengan teknologi tinggi tu musnah di bahagian Saidei. wuuuu~negara yang aku pernah pergi dulu..terus aku g duduk depan TV tatap lama2.

And by that time aku pun kenal dengan Shomu. one of the Japanese in Huia. He sat next to Matt. So, aku pun terasa beriya nk borak pasal dia ttg Jepun etc..memang besh! yet pinjam buku nihon Matt sat nk tengok. siapakah Matt? He is the 11th floor's RA and an Australian who studies Japanese Language n ambitious to be a translator in the future.huhu
Banyak jugakla yg Matt terangkan kat kitorang pasal earthquake ni..tu la..omputih ni baek2..jarang tengok mereka bersikap kurang ajar..sikap yg sepatutnya ada pada setiap individu Muslim..urm..

Akhir sekali, aku mahu katakan bahawa, dunia ni tinggal sikittt je masa lagi nak musnah...manusia je yang x sedar2 termasuklah aku yang semakin lalai dan alpa..
Mohon doa dari antumna semua supaya mendoakan kesejahteraan hati dan iman saya di sini supaya terus utuh berdiri demi deen yang digenggam ini INSYAALLAH..


I WANNA BE A GOOD MUSLIM INSYAALLAH~ :)

No comments: