Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.
Al-A'raf (7:179)
Ambil masa anda untuk beberapa saat untuk mebaca ayat di atas. Tak lama pun, sekejap je. Tak rugi anda membacanya dengan mencurahkan masa untuk seminit dua. InsyaALLAH dengan 2 minit itu ia mampu mengubah minda dan hati anda.
Dahulu, saya juga adalah antara orang yang amat payah nak membaca ayat-ayat yang panjang seperti di atas. tapi paksakan diri juga kerana saya tahu, membaca ayat-ayat Allah itu besar pahalanya di sisi Allah.
Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.
Al-A'raf (7:179)
Moral of the story : Saya tak mahu menjadi orang yang lengah, tapi mahu terus bermujahadah. Moga Allah membantu diri ini. Cepat, cepat dan terus cepat walaupun selalu tersekat-sekat.
![]() |
| mujahadah itu perlu ! |

No comments:
Post a Comment