Tuesday, 9 August 2011

hari-hari Ramadhan

Dalam hidup ni, tak pernah terbayang pun impian mahu belajar di oversea akan dimakbulkan oleh Allah.
Belajar di oversea, berpuasa di oversea, dan  insyaALLAH akan beraya di oversea juga. Senang kata, dapat jugala aku merasa nak menuntut ilmu di negara orang putih yang serba lain ni.
Dulu berangan je lebih, tapi tak sangka yg ALLAH dah pun mengotakan angan-angan ak tu pada usia yg sebegini muda. Syukur alhamdulillah..

Puasa dekat sini, x ada yang kurangnya. Makan seronok, tarawikh pun seronok. Waktu berbuka puasa pun seronok sebb maghrib masuk awal. hehe. Sahabat handai yang sporting dan punya banyak ragam, memaniskan hubungan kami di bumi perantauan. Masing-masing makin pandai dan bijak membawa diri masing-masing. Mana yang kurang, ada yang men'topup'kan,jika ada yang lupa, ada pula yang mengingatkan. Alhamdulillah seronok...walau ibubapa jauh di depan mata..hati masih boleh jadi bahagia..huhu

Hurm..dah pukul 12:55 am dah..
hari pun dah menginjak tua..Esok insyaALLAH nak bangun lebih awal dari Jo. Asyik2 Jo je yang bangun awal, kali ni turn aku la pula kan. huhu. hari-hari Ramadhan macamni, kami hanya sempat bersahur berdua. moga setiap usaha kami bersahur mendapat redhaNYA..

May Allah bless. ^_^

No comments: