Yang akhirnya, membawa aku pada satu ujian yang mungkin sebenarnya sebagai teguran untuk aku terus mengingat padaNYA.
Waktu itu, ramai yang hadir membujukku supaya terus bersabar dan bersyukur.
Tapi waktu itu, kata-kata sabar seperti tidak boleh diguna pakai. Jahil kan aku?
Walau aku jahil, Allah masih lagi tetap mahu bersama aku.
Walau aku tidak sabar, Allah masih lagi bersabar dengan aku.
Walau aku masih mahu merungut, Allah tak pernah merungut kelemahan aku.
Akulah hamba yang kotor, hina lagi berdosa. Ish, teruknya aku.
Sedih.
Seorang ukhti yang aku sayangi mendedikasikan lagu Mestika-Rahmat Ujian buatku.
Mahu menangis lagi tatkala membaca bait-bait liriknya.
Harus ada rasa bersyukurDi setiap kali ujian menjelmaItu jelasnya membuktikanAllah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimananSedangkan ramai terbiar dilalaikanHanya yang terpilih sahajaAntara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkanRintihanmu berpanjanganBersyukurlah dan tabahlah menghadapi segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
p/s : ALLAH memang awesome !
No comments:
Post a Comment