Tuesday, 19 March 2013

Satria dakwah.

Tadi ana baca kisah akh Iman yg baru saja dijemput Allah beberapa hari yg lalu.
Akh yang tidak aku kenal apatah lagi berjumpa.
Namun kisah disebalik dakwah yg dibawanya memberi kesan yg amat dalam dalam jiwa ana yg sememangnya masih lagi tidak all-out dalam menjalankan amanah Allah yg maha berat ini.

Allah... hatiku menangis, air mataku berderai tak mahu henti.
Bagaimana seorang akh yg dahulunya berbeza pada zaman jahiliyahnya mampu membina diri menjadi begitu berkobar-kobar dalam menjalankan misi dakwah.

Allah... bagaimana akh ini boleh jadi sebegitu kuat mujahadahnya.
Bagaimana dia mampu mendidik jiwanya jadi sebegitu gagah perkasa dek kesan iman di jiwa.

Tarbiyah... didikan dari AQ dan sunnah telah mampu mengubah manusia.
Dari yg jahil, pada yg faham.
Dari yg degil, pada yg lembut.

Tarbiyah.. telah mengubah ramai orang.
Telah berjaya mengubah paradigma aku yg dahulunya sempit, jadi luas.
Tarbiyah, telah berjaya buat aku jadi lagi peka dengn masalah ummah.
Tarbiyah, telah buat aku mampu mebuang jahiliah2 dalam diri ni sedikit demi sedikit.
Tarbiyah yang telah mendidik jiwa aku menjadi orang yg lebih sabar.

Hebatnya penangan tarbiyah.
Ia mampu mengubah Umar Al-Faruq dari sang singa yg membenci Islam pada pembela Islam yg gagah.

Tarbiyah.. semuanya tarbiyah. everyhthing begins with tarbiyah.


O Allah.... cemburu dengan kisah akh tersebut.
Moga syahidnya diangkat Allah.. insyaALLAH.

kisah akh Iman coretan sahabatnya :
http://rindu-seorang-hamba.blogspot.com/2013/03/pulangnya-seorang-mujahid.html

No comments: