Aku nak lari jauh-jauh.
Lari jauh-jauh biar orang tak dengar aku nangis.
Lari jauh-jauh sejauh sampai aku dah tak nampak jalan mana yang aku nak sambung lari.
Aku nak lari laju-laju.
Lari laju-laju sampai kaki aku nak tersadung sebab aku lari laju sangat.
Lari laju-laju sampai kasut aku terkoyak-rabak. Ah, lantaklah. Aku tak kesah.
Campak kasut tu kuat-kuat.
Biar tekanan aku sama-sama melambung dengan kasut tu.
Lari lagi. Tapi aku rasa nak terbang pulak.
Terbang macam helang.
Nak melayang-layangkan badan aku yang berat ni.
Biar terasa ringan.
Tapi akhirnya aku tak terbang pun.
Aku berhenti di depan sebuah laut yang sangat cantik.
Mendamaikan jiwa yang membuatkan aku nak berenang.
Berenang dan berhenti di tengah-tengah laut sambil menelentangkan badan memandang langit.
Indah. Tapi aku tetap menangis.
Menangis semahu-mahunya dan menjerit sekuat-kuatnya.
ARGHHHH!!!!!
Tersedu-sedan menahan marah. Nafas turun naik mencuba untuk bersabar.
Mahu tamatkan riwayat tatkala itu juga.
Tapi masih takut akan hukum Tuhan.
Cuba untuk berfikir waras.
Sambung berenang. Bercadang ke gua berdekatan dan menyembunyikan diri di situ.
Duduk memegang lutut sambil menggoyangkan badan depan ke belakang minta bertenang.
Pejam mata. Menangis lagi dan cuba muhasabah diri.
Buka mata. Memandang laut. Tenang.
Bernafas seperti biasa.
Akhirnya aku sedar, aku tak boleh lari lagi.
Aku nak balik. Aku nak balik. Aku nak balik.
Hoi ! Aku nak balikla !!!!!!
“AllahuAkbar, ampunkan aku Ya Allah. Tenangkanlah fikiranku.”
Tunduk memandang bumi sambil menekup muka.
Menangis lagi.
Ibrah : Walau pahit, perit dan sesukar manapun masalah yang di hadapi, INGAT! JANGAN LARI.
Walau sakit untuk di telan, jangan sedih, jangan risau, kerana Allah sentiasa bersama hamba-hambanya.
Ujian adalah tarbiyah dari Allah...
No comments:
Post a Comment