Alhamdulillah, hari ni saya demam.
Demam pertama saya berada di luar negara.
Dengan itu, pergerakan saya agak terbatas sejak petang tadi. Habis saja tutorial, bergegas pulang ke hall.
Sebelum tu singgah sebentar di kedai abang Egypt membeli Panadol Rapid. 4.90$. mahal ooo..sabar jela..
Seusai habis solat Zuhur, Kak Aina mengotakan janjinya mahu meng'usha' bilik saya.
Oh..kepala berat dan tidak bersemangat. tapi gagahkan jua. alhamdulillah tetamu datang.
tapi saya rasa hari ni saya adalah tuan rumah yang tak beretika sebab tak ada sebarang hidangan nak dihidangkan pada tetamu yang satu itu.
Ditambah oleh Kak Aina, "Tak apa, xpayahla, akak dah makan, dah minum kat Forte tadi. jagan susah". huuu..saje je Kak Aina.
Pengajaran untuk saya, ----> lepas ni beli gelas n extra pinggan dan beli makanan2 enak supaya senang nak hidangkan apa2 bila orang datang bilik saya. Melayan tetamu itu banyak pahala ye kawan-kawan. Bila semakin besar baru saya mengerti mengapa kita perlu melayan tetamu kita sebaiknya. Berbanding zaman2 sekolah dulu yg agak2 kedekut, sekarang saya mahu lebih matang lagi. :)
Nak dijadikan cerita, ptg tadi saya tidak dapat menghadiri ceramah Palestin anjuran Auis di Universiti.
Memang berat sangat badan ni nak bangkit. Nak bangun solat pun terasa berat sangat.
Tapi apa yang best nya hari ni ialah saya dengan gembiranya dapat ber'skype' bersama ibu, mak cik dan kakak2 saya di MALAYSIA lebih dari 8 minit selepas waktu Isya' tadi.hehe. Ini kerana connection di sana sgt lah semput ye.
Gombigho den dapek cakap ngan omak..hehe..'doakan anakanda di sini ye keluarga2 sekelian'. sob3..walaupun sekejap namun ia sungguh berkesan di hati yang lembut ni..
Dan perkara penting yang saya mahu ceritakan di sini sebenarnya ialah,
Kawan2 a.k.a sahabat saya telah buatkan bubur nasik untuk saya yang hampir2 demam teruk ini !! hehe...waaa..terharu2..syukran ya ukhti.. terima kasih sangat2 :)
Juga, kemudian kawan a.k.a sahabat saya yang lain pula bawakan makanan dinner utk saya special delivery from the second floor.huu.. Maka bertambah terharulah saya dengan kebaikan mereka-mereka yang sungguh baik ni. uhibbukifillah..
Semua ni saya pulangkan pada ALLAH kerana memurahkan rezekiku pada hari ini.
Alhamdulillah...thank you ALLAH~
No comments:
Post a Comment