Friday, 27 May 2011

In team - Pemergianmu

Apakah first impression anda bila mendengar nama kumpulan IN-TEAM?
Lagu cintan yang mendayu-dayu? Tidak bersemangat? Boring?
Mesti banyak kiritikan yang kita dengar kan.

Dulu saya pun begitu juga, tetapi sekarang persepsi itu mula bertukar. 
Niat mereka mungkin baik, dan kita sebagai pendengar haruslah memberikan komen yang membina supaya industri nasyid ni tak terkubur macam tu saja..cehh..huhu

Dan antara pilihan lagu mereka yang terbaik yang saya suka ialah lagu Pemergianmu.
Selamat mendengar dan beramal semua!!! 



(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu


p/s : Eh, ada nama saya lah dekat dalam lirik ni..hehe..
Moga boleh jadi seperti Aisyah, Humairah..^_^
*all of sudden remembered James called my name yesterday.
sounds sweet when orang putih calling my name - humaira?* :P

No comments: