Baru letak gagang skype menelefon ibunda terindu.
Saya mengadu saya sakit.
Mak kata, selawat banyak-banyak.
Baca Quran selalu. Duduk tempat orang ni lain. Bukan macam negeri kita.
Minum air panas banyak2. Saya mahu nangis mahu nangis.
Mak bilang, "Duduk jauh cano nak ubek kan ni? Kot dokek sonangla nak tengok2 kan".
Hurmm....saya terdiam...
My little though said,
"You have to be independent humairah. This is the best place for you to stand on your own. Be strong dear.
InsyaALLAH ini tarbiyah dari Allah untuk menghapuskan dosa-dosa kau yang lalu".
Sedih.
Mak bilang lagi, doa banyak2. Bace ayat Kursi selalu before doing anything.
Terubat dengar suara mak.
Tapi saya rasa mak nak cepat, sebab mak tengah tengok Musabaqah Al-Quran peringkat Antarabangsa sekarang ni.
So, aku kene cepat2 letak gagang. Xpelah, demi minat mak, saya kene pasrah.
Selamat hari-hari mak, ayah, mak cik dan cik omey kat rumah.
Doakan saya di sini yer. Doa saya moga mereka semua sentiasa di bawah rahmat dan kasih-sayangNYA.
Ampunkan dosa-dosa mereka YA ALLAH...dan lindungilah mereka YA ALLAH..... tsk tsk tsk...
Ampunkan dosa-dosa mereka YA ALLAH...dan lindungilah mereka YA ALLAH..... tsk tsk tsk...
Saya baru habis baca surah Ghafir tadi. Rasa seronok sangat bilamana saya sakit, ayat-ayat ALLAH seperti sedang memujuk saya. Begitu hebat kehebatan ALLAH kerana mengetahui segala isi hati hamba-hambaNYA, sampai kadang-kadang buat saya kagum sendirian.
AllahuAkbar.... AllahuAkbar.... AllahuAkbar.....
AllahuAkbar.... AllahuAkbar.... AllahuAkbar.....
Allah the Almighty.
“Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): “Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.” (QS:Al-Ghafir:7)
“Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga “Adn” yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (QS: Al-Ghafir:8)
Sesungguhnya, duduk jauh ni memang banyak cabarannya. Dan saya akui kata-kata kakak saya itu sekarang.
2 comments:
Salam...kita bermula sebagai anak kecil untuk meningkat dewasa...drp prasekolah ke ipt untuk tingkatkn pendidikan...optimumkn peluang yang tidak semua Ia anugerahkn dgn tanggongjawab...tabahkan hati..kuatkn tekad...Ia mudahkan dlm keberkatan...strong enough....ameen.
:)
Post a Comment