Wednesday, 31 August 2011

Satu hari di hari raya

Ssee

Satu hari di hari raya. 
Alhamdulillah, sekarang jam menunjukkan jam 10.23 minit pagi mengesahkan bahawa hari ini adalah 1 Syawal di New Zealand. Alhamdulillah akhirnya kemenangan yang ditunggu-tunggu sudah tiba walaupun Ramadhan yang mulia dah pun meninggalkan kita.

Alhamdulillah hari ni saya dan sahabat2 yang lain telah menunaikan solat sunat hari raya di AUT.
Perjalan yang dekat, tapi mungkin dah tertulis yang kami kena jalan kaki agak jauh. hehe

Alhamdulillah, hari ni hari pertama saya menyambut raya di negara lain.
Alhamdulillah keseronokan raya tu tetap ada. Walau keluarga tiada di mata, namun jauh di sudut hati, kemanisan menyambut kemenangan itu masih ada.

Alhamdulillah, kerana hari ni hari cerah tanpa sebarang perubahan cuaca buruk.
Suasana musim Spring yang mahu bermula membuatkan pemandanag menjadi lebih indah.
Seronok.

Alhamdulillah, segala aku pulangkan pada ALLAH.
Alhamdulillah kerana memberiku peluang ini Ya ALLAH..

p/s : selamat hari kemerdekaan MALAYSIA.. :)

No comments: