"Aku pohon ampun.
Aku tahu aku tak seperti yang kau nak aku jadi.
Aku tahu kau mahu aku selalu mendengar ceritamu.
Tapi aku selalu tak mampu. Aku selalu buat tak tahu.
Sebenarnya aku tak mampu.
Tak mampu nak lihat kau nangis.
Imaginasiku menyedapkan hati aku yang kau pasti akan okay-okay kembali.
Tapi sering imaginasiku salah.
Aku tak mampu nak tenangkan jiwa kau yang sedang bergelodak gundah gulana.
Aku tahu kau sedih. Aku nampak. Mata aku tak buta lagi.
Tapi aku tak tahu apa yang aku harus buat setelah itu.
Mungkin kau ingat aku lah sahabat yang pergi tu.
Tapi kau tak tahu dalam doa-doaku, nama kau lah yang paling selalu aku sebut pada Allah.
Doakan ketengan jiwa kau yang selalu kusut. Aku tahu kau perlu teman untuk luahkan segalanya.
Aku tahu kau tak mampu nak hadapi ujian tu sorang-sorang. Aku tahu.
Tapi aku tak mampu berdepan dengan situasi kau yang sebegitu.
Aku tak tahu langkah apa yang harus aku ambil.
Aku tak tahu adakah aku orang yang harus menjadi peneman setia itu.
Aku takut aku tak mampu.
Tak mampu nak jadi yang mampu.
Aku sedih dengan diri aku. Aku tahu kau sayangkan aku.
Tapi aku tak mampu jadi seperti yang kau mahu.
Aku, yang selalu banyak masalah.
Ada seorang ni kata, akulah antara sahabat yang paling kau sayang.
Tapi aku mati-mati tak mahu terima kenyataan tu.
Sebab aku rasa aku tak mampu. Aku tak mampu nak balas.
Aku tahu, aku selalu buat kau menangis.
Aku tahu, aku jahil.
Depan adik-adik aku mampu berbicara tentang hadith 13, namun aku sendiri yang culas.
Allah!!! Hati aku berat. Aku rasa tak mampu. Tak mampu.
Maafkan aku. Ampunkan aku ukhtiku."
"Moga Allah pelihara kau dan semua yang kau sayang. Kesat air mata itu."
#hijjazkausahabatkauteman#
![]() |
| dulu aku pernah bagi kau ini. kau masih ingat? |

No comments:
Post a Comment