RUGBY ---> x boleh lari dari NEW ZEALAND!
all black! hakka hakka!
Pengalaman yg menarik utk dikongsi bersama.
Straight to the point, sampai sana dalam pukul 7.10pm menaiki train dari Bristomart di Queen Street bersama rakan-rakan.
Sampai je dekat stadium, air minuman x boleh masuk. Terpakse buang aku punye air mineral. Uh, sabo jela.. Then, amek seat dekat bahagian atas but still bleyh tengok players dengan jelas.*gayat baru first time masuk stadium yang ada perlawanan besar*
Nak kata seronok memang seronok tengok permainan rugby ni. Dan sekarang baru aku tahu macamane nak kira point yang berbeza-beza dari segi gol..huhu.. Saya sokong BLUES ye sebab dia tuan rumah.
Nak dijadikan cerita, masuk solat Maghrib, kita kene lah solat kan.
So, seperti biasa kami-kami lah antara orang yang melicinkan lantai toilet yg kering tu dengan air wuduk..hehe..
Mat salleh yang laen tengok je kitorang buat ape. Sorry guys amek mase korang tunggu kami habis ambil wuduk..baek tol mat saleh ni.
Kemudian, kami mencari port utk solat di sekitar stadium. Akhirnya solat di suatu tempat yang bersih tetapi terbuka. hurmm..dengan itu, solatlah kami dalam keadaan di mana orang-orang non-muslim lalu lalang di depan kami dan melihat apa yang sedang kami lakukan...waaa~
apakah perasaan anda???
semestinya rasa malu itu ada tapi kuatkan juga hati bahawa apa yang aku buat sekarang ini adalah untuk ALLAH. Maka persembahkanlah yang terbaek untuk pencipta kita walau terasa diri ini diperhati oleh mata-mata pelik yg melihat. hurrmmm...
Dan alhamdulillah, one of the Muslim guy from Singapore berdiri berdekatan kami menunggu sehingga kami wanita2 muslim ni habis sembahyang. Gooood man.. Rase safe sket..Coursemate lelaki yg lain ntah mane ntah. habes solat terus blah.. no good no good. Terfikir jugak kan, kalau tetiba ada mat salleh yg anti ISLAM simbah air kat kitorang yg tengah solat nih, x ke haru..at least, ada jugak protectionnya. huhu.
So, reminder for males out there! Jagalah wanita itu, walaupun kadang-kadang anda rasa dia mampu untuk menjaga diri sendiri. Kerana apa?Kerana wanita itu perlu dilindungi selalu..wah! haha..*betol x tipu*
Habis saje tournament, bergerak sebentar di depan padang utk melihat players dekat2..tanpa di sangka, aku pun dapat signature from one of the players. Uh, x tau pun name dia ape..huhu..just tayang buku je, tup2 dye sign kan..uh! x penting pun.. :D Yang penting, BLUES has won the games. *clap3*
Kemudian, pulang ke HUIA menaiki train dan nak jadi ceritanya, kitorang tak turun dekat tempat sepatutnya yg kitorang trun. Terikut senior punye perjalanan. So, jadinya terpaksalah kami berjalan jauh utk pulang ke bilik. Di sebabkan ada jemaah yang lapar, berhenti sebentar di CFC, kedai macam KFC.
Jam menunjukkan pukul 10.45 malam. Dengan itu, dapatlah melihat manusia2 mabuk berkeliaran di sekitar Queen Street..huhu.. Ada yg kene kacau pun ada..layann~
Jam menunjukkan pukul 12.30malam barulah sampai HUIA. hurmm...
best journey, great experience. till then guys! salam.


No comments:
Post a Comment